Benarkah Kolesterol Jahat? Fahami Maksud Sebenar HDL dan LDL

 




🩺 Benarkah Kolesterol Jahat? 

Ramai menganggap kolesterol sebagai musuh utama kesihatan, tapi sebenarnya kolesterol sangat penting untuk tubuh jika dalam jumlah yang seimbang.

🧠 Fungsi Kolesterol

✅ Bina dan lindungi sel badan
✅ Bantu hasilkan hormon penting (estrogen, testosteron)
✅ Diperlukan untuk buat Vitamin D
✅ Bantu hasilkan hempedu untuk cerna lemak


🌿 Bila Kolesterol Jadi “Jahat”?

Kolesterol hanya menjadi “jahat” apabila jumlahnya berlebihan dalam tubuh.

Kenapa boleh terlebih?
➡️ Kerana kita mengambil terlalu banyak makanan dari sumber haiwan (Semua makhluk yang mempunyai hati (Kilang kolesterol) — seperti manusia dan haiwan — menghasilkan kolesterol secara semula jadi ). 

Makanan yang mempunyai kolesterol adalah seperti:

  • Daging (ayam, lembu, ikan, udang)

  • Produk haiwan (telur, hati, susu penuh krim, keju dan sebagainya) 

🩸 Hati manusia hasilkan ±1,000 mg kolesterol sehari — cukup untuk keperluan tubuh!
Jadi, kita tak perlu kolesterol tambahan dari mana-mana sumber makanan.


🫒 Bagaimana Pula Dengan Minyak Kelapa Dara dan Minyak Zaitun?

Minyak kelapa dara (VCO) dan minyak zaitun tidak mengandungi kolesterol,
kerana tumbuhan tidak mempunyai hati untuk menghasilkan kolesterol.

Malah, minyak-minyak sihat ini membantu menyeimbangkan paras kolesterol dalam badan.
✅ Ia menyokong peningkatan HDL 
✅ HDL pula membantu membawa LDL berlebihan kembali ke hati untuk dilupuskan.


💡 Kesimpulan Pendek

Kolesterol bukan musuh — ia penting untuk kesihatan tubuh.
Tapi, bila diambil berlebihan dari makanan haiwan, ia boleh jadi “jahat”.
Pilih minyak tumbuhan, makanan semula jadi dan bersenam (senaman membantu tingkatkan HDL) untuk bantu seimbangkan kolesterol dalam badan. 🌿

Comments

Popular posts from this blog

Benarkah Sarapan Adalah Makanan Paling Penting Dalam Sehari?