Kepentingan Rehat/Tidur yang Betul
TIDUR/REHAT ADALAH PEMULIH ALAMIAH
“... Tidur, pemulih manis dari alam semula jadi, menyegarkan tubuh yang letih dan mempersiapkannya untuk tugas hari berikutnya...” (AH 289.1)
“Udara bersih (Air), cahaya matahari (Sunlight), sederhana dalam segala hal (Temperance), REHAT(Rest), senaman (Exercise), diet yang betul (Nutrition), penggunaan air (Water), kepercayaan kepada kuasa Ilahi (Trust in God)—ini adalah ubat-ubatan sejati. SETIAP ORANG harus mengetahui tentang agen pemulihan semula jadi dan bagaimana menggunakannya...” {MH 127.2}
TIDUR HARUS TERATUR
“Pentingnya keteraturan dalam waktu makan dan tidur tidak boleh diabaikan. Oleh kerana kerja membina tubuh berlaku semasa waktu rehat, maka adalah penting, terutamanya bagi anak muda, tidur haruslah tetap dan mencukupi.” {CG 363.2}
“...jika mereka... dengan ketat menjaga keteraturan dalam tidur dan makan makanan sederhana, serta tidak mengambil apa-apa di antara waktu makan, mereka tidak akan sakit...” (CH 142.2)
TIDUR AWAL (JAM 9:00 PM, 9:30 PM UNTUK PELAJAR)
“Adalah kebiasaan yang buruk membiarkan kerja menyeret dan memaksa seseorang. Kawal kerja, jangan biarkan kerja menguasai kamu... JADIKAN KEBIASAAN UNTUK TIDAK BANGUN LEWAT DARIPADA JAM 9. Semua lampu harus dipadamkan (ada pengecualian untuk peraturan ini)...” (9MR 46.1)
“Dalam mengatur waktu tidur, tidak boleh ada kerja sambil lewa. Pelajar tidak boleh membiasakan diri berjaga lewat malam dan tidur di siang hari. Jika mereka sudah terbiasa di rumah, mereka harus membetulkan kebiasaan ini, dengan tidur lebih awal. Maka mereka akan bangun pagi dengan segar. Di sekolah-sekolah kita, lampu harus dipadamkan pada pukul 9:30 malam.” {CT 297.1}
“Asalnya, kerja harian tidak patut dilanjutkan hingga malam... Mereka mungkin tidak sedar kerosakan segera, tetapi sebenarnya mereka sedang merosakkan tubuh mereka.” {Te 140.1}
APA YANG MENGHALANG TIDUR YANG BETUL?
TIDUR SEKEJAP (NAP) DIGALAKKAN PADA WAKTU SIANG (TERUTAMA BAGI ORANG TUA & YANG SAKIT):
“Saya menasihatkan kamu supaya tidak bekerja melebihi daripada apa yang kamu mampu lakukan. Kamu seharusnya mengurangkan kerja berat yang berterusan, supaya dapat mengekalkan tubuh dalam keadaan rehat. Kamu sepatutnya tidur sekejap pada siang hari. Dengan itu, kamu boleh berfikir dengan lebih mudah, fikiran lebih jelas, dan kata-kata lebih meyakinkan... Tetapi tidak dituntut kepada kamu atau saya untuk sentiasa berada dalam tekanan yang berterusan...” (2SM 230.3-.4)
AMBIL POWER NAP UNTUK MENYEGARKAN TENAGA:
“Suami saya berbaring di atas bangku di stesen kereta api, dan tidur kira-kira lima belas minit, yang sedikit sebanyak melegakan keletihannya...” (RH, 20 Februari 1866 per. 9)
DAPATKAN REHAT/TIDUR JIKA PERLU BEKERJA PADA WAKTU MALAM:
“Kami menunggang kira-kira tujuh batu, ke rumah Saudara Gurney, dan mendapat sedikit rehat dan tidur, untuk mempersiapkan diri menghadiri janji temu pada malam itu.” (RH, 20 Februari 1866 per. 9)
JANGAN KORBANKAN TIDUR/REHAT DEMI MENGEJAR WANG:
“Salah satu punca utama tubuh menjadi lemah di kalangan manusia ialah kerana terlalu taksub mencari wang, keinginan yang melampau terhadap kekayaan. Mereka menyempitkan hidup mereka hanya untuk mengejar wang, mengorbankan rehat, tidur, dan keselesaan hidup demi satu tujuan ini. Tubuh mereka yang asalnya sihat menjadi lemah, penyakit datang akibat penyalahgunaan tenaga fizikal, dan kematian menutup tirai kehidupan yang telah diselewengkan...” (Te 140.3)
SALAH SATU TUJUAN SABAT IALAH MEMBERI REHAT UNTUK MENYEGARKAN TUBUH & FIKIRAN:
“Penatua White dan Dr. Kellogg tidak memberikan diri mereka rehat yang mencukupi. Tuhan menetapkan hari Sabat sebagai hari rehat untuk memulihkan tenaga semula jadi yang habis. Tidak ada fikiran yang boleh bekerja hari demi hari tanpa henti, sama ada dalam urusan yang membebankan kuasa mental, atau dalam menuntut ilmu, tanpa menanggung kecederaan...” (PH043 39.1)
SIAPA YANG MEMERLUKAN REHAT?
- Orang sakit: “Orang sakit, secara umumnya, terlalu dibebankan dengan ramai pelawat, yang berbual dan melelahkan mereka dengan pelbagai topik, sedangkan mereka perlu ketenangan dan rehat tanpa gangguan...” (2SM 458.2)
- Kanak-kanak (perlukan rehat lebih kerap) – “Kanak-kanak memerlukan lebih banyak pertukaran aktiviti dan selang masa rehat berbanding orang dewasa...” (AH 289.2)
- Pekerja Injil (DA 360.2)
- Jururawat (MH 220.1)
- Orang yang terlalu banyak bekerja (GW 243–246)
- Pendeta lanjut usia (2SM 226.2)
- Pekerja Bible (EV 494.1)
- Pekerja wanita (EV 494.1)
- Pekerja di Sanitarium (CH 314–315)
- Mereka yang sarafnya letih (MH 326–327)
- Orang yang terlibat dalam kerja mental berterusan (CH 563.2–564)
- Doktor/perubatan (CH 361.5)
JANGAN KORBANKAN TIDUR UNTUK HIBURAN:
“Kebanyakan pencinta hiburan menghadiri perhimpunan malam yang bergaya, dan menghabiskan waktu malam dalam keseronokan, sedangkan jam itu Tuhan berikan untuk rehat dan tidur bagi menyegarkan tubuh... Mereka sedang merampas seri wajah yang sihat, lalu menggunakan kosmetik untuk menutup kekurangan itu.” (ML 143.5)
“Tidakkah lebih baik jika kebiasaan menjadikan malam seperti siang dan pagi yang segar menjadi malam, dihentikan? Jika golongan muda membiasakan diri dengan disiplin dan keteraturan, mereka akan bertambah baik dalam kesihatan, semangat, ingatan, dan perangai.” (ML 143.4-.6)
TEMPOH TIDUR & REHAT YANG BETUL ADALAH PENTING UNTUK KESIHATAN TUBUH & FIKIRAN:
“Masa tidur dan rehat yang mencukupi, serta senaman fizikal yang banyak adalah penting untuk kesihatan tubuh dan minda. Merampas masa rehat semula jadi dengan membiarkan seorang lelaki melakukan kerja untuk empat, tiga, atau bahkan dua orang, akan menyebabkan kerugian yang tidak dapat dipulihkan.” (7T 247.1)
ILMU PERUBATAN:
Tidur kurang daripada 6 jam berganda risikonya untuk mendapat:
- Kebimbangan (Anxiety)
- Sakit dada
- Penyakit Arteri Koronari
- Kemurungan
- Diabetes
- Keletihan melampau
- Penyakit jantung
(http://www.theguardian.com/science/2013/feb/25/sleeping-six-hours-night-activity-genes)
- Tekanan darah tinggi
- Kolesterol tinggi
- Gangguan genetik
- Strok
(https://www.dailymail.co.uk/health/article-2157461/Less-6-hours-sleep-significantly-increases-risk-stroke-fit-healthy.html)
- Kenaikan berat badan
- Dan banyak lagi...
TIDUR BERLEBIHAN (9 JAM ATAU LEBIH)
- Tidur 9 jam atau lebih menggandakan tiga kali ganda risiko mendapat semua penyakit yang disebut di atas. (https://www.sciencedaily.com/releases/2012/03/120326113805.htm)
- TIDUR BERLEBIHAN = DOSA (CD 44.1)
BERAPA JAM TIDUR YANG DISYORKAN?
👉 Seseorang sepatutnya tidur 7–8 jam setiap malam.
APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA SUKAR UNTUK TIDUR:
Duduk di bawah cahaya matahari dari jam 8:00–9:00 pagi setiap hari.Mandi air suam selama 20 minit.
Minum Hop Tea
“...Hop tea akan membantu mendatangkan tidur...” (2SM 297.5)
Berjalan selama 1 jam setiap hari di bawah cahaya matahari pagi.
Berdoa.
APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA SUKAR UNTUK KEKAL TIDUR (sering terjaga):
SOP ABBREVIATIONS:
AH = Adventist Home
MH = Ministry of Healing
CG = Child Guidance
CH = Counsels on Health 9
MR = Manuscript Releases, Volume 9
CT = Counsels to Parents, Teachers, & Students 7
MR = Manuscript Releases, volume 7
Te = Temperance
CD = Counsels on Diet & Foods 2
SM = Selected Messages, volume 2
RH = Review & Herald articles
PH043 = Pamphlet 43
DA = Desire of Ages
GW = Gospel Workers
EV = Evangelism 1
T = Testimonies for the Churches, Volume 1
ML = My Life Today 7
T = Testimonies for the Churches, Volume 1
Comments
Post a Comment